Saturday 22 October 2011

BAB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA - Hubungan luar


1.        Kerajaan Pasai terhutang budi kepada Kesultanan Melayu Melaka kerana Melaka  pernah membantu Pasai. Apakah bentuk bantuan tersebut?



2.        
Tempat
Barang Import
Gujerat
Kain
China
Sutera
Pulau Jawa
X

Jadual di atas menunjukkan barangan import kerajaan Melaka  pada kurun  ke 15. X  ialah …
A.      Teh
B.      Emas
C.      Beras
D.      Ubat-ubatan


3.        
Kampar dan Siak adalah kerajaan naungan Kesultanan Melayu  Melaka  pada kurun ke 15

Berdasarkan maklumat di atas , apakah perkara   yang dilakukan oleh kedua-dua kerajaan  tersebut dalam hubungan diplomatic dengan Kesultanan  Melayu Melaka?

I   Menghantar ufti dalam bentuk wang
II  Menggunakan istilah sembah dalam utusan surat
III Mengiring  keberangkatan raja Melaka ke luar Negara

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV


4.        
                                                Pasai
                                            Gujerat
                                      Tanah Arab

Senarai di atas merujuk kepada kerajaan yang menjalinkan hubungan dengan  Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke  15.  Apakah bentuk hubungan tersebut?

I   Keagamaan
II   Perdagangan
III  Perkahwinan
IV  Penghantaran Ufti

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV


5.        Berikut merupakan Negara-negara luar  yang menjalin hubungan dengan Melaka  kecuali ….

A.      Pasai
B.      Kampar
C.      China
D.      Rusia